Thursday, July 3, 2014

Pakej BBQ


Nasi Goreng/Beehoon Goreng
Air Sirap
Ayam 2 ketul
sausage 2 Ketul
Tembikai

RM 15.00
( Minima Peserta 20 Orang)
0199677400 / 0179756500

Thursday, June 19, 2014

Moden vs Tradisional

Masih banyak lagi kampung-kampung tradisional sepanjang pantai Terengganu

Monday, June 9, 2014

1 Hari Ke Taman Laut Pulau Redang

Tambang Bot RM 100 Pergi dan Balik/ Setiap Orang (Minimun 5 Orang)
Bayaran Masuk Taman Laut RM 5.00 /Setiap Orang
Sewa Jaket/Google - Jika ingin Snoorkeling RM 15.00 1 Set
Tandas Awam dan Surau terdapat di Taman Laut
Waktu Bertolak Dari Jeti Merang 9.30 - 10.00 Pagi
Waktu bertolak Pulang dari Taman laut Pulau Redang 2.00 - 3.00 Petang
Anggaran masa perjalanan bot 45 Minit
hubungi kami 0199677400 - 0179756500

JETI MERANG

TAMAN LAUT PULAU  REDANG





Sunday, January 5, 2014

PAKEJ MELANCONG DENGAN KAPAL TERBANG KE TERENGGANU



PAKEJ LAWATAN PELAJAR KE TERENGGANU



CADANGAN PAKEJ LAWATAN PELAJAR SEKOLAH / IPT KE TERENGGANU          
(PAKEJ 1 RM 400)
(2 Buah Homestay)
Hari Pertama
06.00 pagi           -  Tiba di Kuala Terengganu singgah mana2 Masjid .
08.00 pagi           - Sarapan Pagi
9.00 Pagi              - Melawat
                                 Masjid Kritstal (Taman Tamaddun Islam)
                                 Muzium Negeri

01.00 Tengahari               - Makan Tengahari/Solat Zohor&Asar @ Masjid Terapung

02.00 Petang     Melawat pusat kraf tangan dan noor arfa batik
04.00 petang     Balik ke Homestay – Bersantai di tepi pantai berdekatan homestay

8.00 malam        Keluar Untuk Makan Malam dan Melawat Kuala Terengganu Waterfront

Hari ke 2            
08.00     Pagi       Sarapan pagi berdekatan homestay,  sarapan boleh disediakan
09.00     Pagi       Ke Pasar Payang dan Sekitar Kuala Terengganu  ( Menaiki bot)

02.00     Petang Makan Tengahari di Pantai Batu Buruk dan Bertolak Pulang       



CADANGAN PAKEJ LAWATAN PELAJAR SEKOLAH / IPT KE TERENGGANU          
(PAKEJ 2 RM 600)
(2 Buah Homestay)
Hari Pertama
06.00 pagi           -  Tiba di Kuala Terengganu singgah di homestay.
08.00 pagi           - Sarapan Pagi
9.00 Pagi              - Melawat
                                 Masjid Kritstal (Taman Tamaddun Islam)
                                 Muzium Negeri

01.00 Tengahari               - Makan Tengahari/Solat Zohor&Asar @ Masjid Terapung

02.00 Petang     Melawat pusat kraf tangan dan noor arfa batik
04.00 petang     Balik ke Homestay – Bersantai di tepi pantai berdekatan homestay

8.00 malam        Keluar Untuk Makan Malam dan Melawat Kuala Terengganu Waterfront

Hari ke 2            
08.00     Pagi       Sarapan pagi berdekatan homestay,  sarapan boleh disediakan
09.00     Pagi       Ke Pasar Payang dan Sekitar Kuala Terengganu  ( Menaiki bot)

02.00     Petang Makan Tengahari di Pantai Batu Buruk dan Bertolak Pulang    

BBQ DAN SARAPAN PAGI BOLEH DIRUNDING 

TAWARAN 2015 KEPADA MURID SEKOLAH RENDAH/
SEKOLAH MENENGAH DAN PELAJAR IPT
4 BUAH RUMAH RM 450 / 1 MALAM 
8 buah rumah RM 800/Malam 
<<< share link fb dgn kawan-kawan>>>


Wednesday, January 1, 2014

Pakej 1 Hari ke Pulau Redang ( Tanpa Bermalam )




8 Orang Minima RM 1000.00
9-12 Orang  RM 1200.00
Pakej Termasuk Makan Tengahari 

JADUAL AKTIVITI

8.30 Pagi Bertolak Dari Jeti Merang
9.30 pagi  - 2.00 Petang Mandi Manda dan  Snoorkeling
Surau terdapat di Taman Laut untuk menunaikan solat
sila bawa pakaian sembahyang sendiri.

2.45 Petang Bertolak Pulang Ke Jeti Merang

Makan tengahari akan disediakan pada 12.30 Tengahari
(RM 200.00 diperlukan ketika booking)
019-9677400 / 0179756500

Tuesday, June 11, 2013

Tips Membuka dan Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan

1. Membuka Homestay / Rumah Tumpangan
  • Mempunyai satu atau dua rumah yang sesuai.
  • Lokasi yang baik adalah penting seperti berdekatan bandar, pantai, pusat pengajian, hospital , pusat pengajian dan sebagainya. Jarak 10 - 15 km dari pusat berkenaan boleh diterima oleh pelanggan.
  • Kelengkapan untuk rumah yang paling minima ialah tilam dan katil. sofa,TV serta cerek memasak air. Namun begitu peti ais, mesin basuh, striker , dapur serta peralatan memasak di alu-alukan. Kos menyediakan kelengkapan berkenaan antara RM 5000.00 hingga RM 10,000.00
  • Menyediakan seorang pengurus/pekerja homestay secara sepenuh masa
2. Mengiklan Homestay

  • Selepas homestay dapat disediakan dengan kelengkapan ,homestay hendaklah diiklankan. Antara cara mengiklakan homestay ialah menaikkan kain rentang, menghebahkan secara lisan kepada kawan-kawan, menggunakan laman sosial , membina blog danlaman web.
  • Membina rangkaian homestay dengan rakan-rakan merupakan satu langkah yang bijak kerana dapat melaksanakan perkongsian dalam mengagihkan pelanggan. Sewaktu kecemasan seperti black out atau masalah lain pada rumah pelanggan boleh dipindahkan ke rumah rakan-rakan.Begitu juga sewaktu waktu homestay kita penuh.
3. Mengurus Homestay / Rumah Tumpangan
  • Mengurus sebuah homestay memerlukan pekerja sepenuh masa kerana pelanggan datang tanpa mengira waktu dan ketika. Begitu juga dengan masalah lain seperti kebersihan, masalah paip tandas, bekalan air, masalah lektrik akan muncul tanpa memberi tahu pemilik homestay.
  • Tugas-tugas pengurus Homestay ialah 1.Menerima Tempahan   2. Membersihkan rumah sebelum pelanggan masuk. 3. Menyambut Tetamu dan menyerahkan kunci. 4. Melayan kehendak dan Kepuasan Tetamu  5. Menerima semula kunci rumah  6. Melakukan kerja-kerja pembersihan selepas pelanggan keluar.
  • Pemeriksaan selepas pelanggan keluar penting untuk memastikan segala suis elektrik terutama aircond ditutup, begitu juga paip air, suis-suis elektrik dan dapur gas.
  • Pengambilan deposit juga mustahak. Kerap kali pelanggan tidak memaklumkan pembatalan tempahan atau mereka akan menginap di Homestay lain/ rumah ahli keluarga apabila sampai di destinasi. Pemilik Homestay telah menyediakan rumah dan menolak permohonan orang lain pada tarikh berkenaan.
  • Masa Check in dan Check Out perlu ditetapkan agar tidak bertembung antara pelanggan yang akan masuk dan keluar.
4. Cabaran Mengendalikan homestay / Rumah Tumpangan

Mengendalikan Homestay/Rumah Tumpangan merupakan satu kerja yang menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang lumayan sekiranya dapat diuruskan dengan baik namun begitu terdapat juga cabaran-cabaran mengendalikannya seperti :-
  • Menerima pelanggan yang cerewet/terlalu demand.
  • Pelanggan datang tidak seperti masa yang dijanjikan.
  • Berlaku kerosakan pada peralatan rumah
  • Tidak sempat menyediakan rumah apabila pelanggan datang.
  • Berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir
  • Berlaku sesuatu yang diluar jangka seperti kerosakan elektrik dan terputus bekalan air.
 5. Perkhidmatan Batu Rakit Homestay

Sebagai sumbangan dan khidmat sosial kepada rakan-rakan yang telah dan akan membuka Homestay  Batu Rakit Homestay bersedia untuk memberi perkhidmatan berkongsi pengalaman dalam perkara berikut :-
  • Perkhidmatan memotong rumput secara bulanan.
  • Perkhidmatan servis aircond dan kerosakan kecil elektrik
  • Perkhidmatan pembentungan dan masalah paip air
  • Perkhidmatan membina blog / menampalkan iklan dalam blog
  • Perkhidmatan khidmat nasihat secara percuma
  • Sila hubungi 019 9677400 / 0179756500

Sunday, June 24, 2012

Batu Rakit Homestay 7 @ 5.410999,103.065557

Lokasi
 Persimpangan Masjid Padang Nenas/ ILP

Koordinat : 5.410999,103.065557
Copy dan paste koordinat di sini (google maps) sila klik 

JARAK
 ILP Gong Badak 2 Km
IPG Dato' Haji Razali Ismail 1.5 KM
MRSM Batu Rakit 1 KM
Universiti Malaysia Terengganu 4 Km
Universiti Sultan Zainal Abidin 3 Km
INSTEP 10 KM
Sutera Beach Resort 12 Km
Gem Beach Resort 7 Km
Jeti Merang 20 KM

MAKLUMAT AM
Bilangan bilik 4 / 3 bilik aircond
2 Bilik Air + 1 Bilik Mandi
Dapur
Bilangan katil 8
Parking Berbumbung
Lengkap dengan keperluan asas.
Kapasiti hingga 15 org

Harga ditawarkan RM 200.00 untuk satu malam
Hubungi kami
0199677400 / 0179756500
sedia dirunding

Friday, December 23, 2011

Alamat Pusat Pengajian di Batu Rakit

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
c/o Institut Teknologi Petroleum Petronas
Lot 9764 Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit
Kg Wakaf Tengah Batu Rakit
21300 Kuala Terengganu

IPG Kampus Dato' Razali Ismail,  
Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu.. 
Tel : 09-6696470, email : admin@ipgmkdri.edu.my

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA
Gong Badak Campus,
Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA 

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT)
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu 

Wednesday, October 5, 2011

Lapangan Terbang Sultan Mahmud

Lapangan Terbang Sultan Mahmud (IATA: TGGICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya di negeri Terengganu dalam Malaysia. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.[perlu rujukan]
Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah and Madinah.
Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Thursday, May 19, 2011

Menarik di Kuala Terengganu

Bot Penambang Seberang Takir
 Masjid Terapung

Muzium Negeri
Pasar Payang

Taman Tamadun Islam

Bukit Puteri 
Pantai Batu Buruk

Tuesday, May 10, 2011

LOKASI : BATU RAKIT

Lokasi Pergambaran Filem ini ialah di sekitar Batu Rakit