Wednesday, September 29, 2010

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan apabila menginap di Batu Rakit Homestay. Antaranya berbasikal mengelilingi kawasan perkampungan, bersantai bersama keluarga di tepian pantai sambil menikmati makanan tersohor Terengganu seperti keropok dan ikan celup tepung, melawat persekitaran Kuala Terengganu dan  menaiki bot penambang untuk ke Kuala Terengganu.Bagi mereka yang suka menikmati keindahan alam semulajadi bolehlah memandu ke arah utara di mana terdapatnya pantai peranginan Merang, Pantai Rhu Sepuluh dan Mangkuk. Keindahan  pantai yang masih dalam bentuk semulajadi tanpa pembangunan melampau sungguh mengasyikkan dan meningalkan kenangan di Terengganu. Di sepanjang jalan berkenaan juga terdapat deretan kedai keropok yang  boleh dijadikan cederahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan.

Tuesday, September 28, 2010

Pengenalan dan Lokasi

          Homestay Batu Rakit meyediakan perkhidmatan sewaan rumah secara harian mingguan serta berkala.
Terletak 25 km ke utara Bandaraya Kuala Terengganu serta berhampiran dengan pusat pengajian seperti Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (dulunya dikenali sebagai KUSZA),  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail ( dulunya Maktab Perguruan Batu Rakit), Pusat Latihan Kesihatan Batu Rakit, Institut Latihan Perindutrian Petronas, Institut Latihan Perindustrian Gong Badak , MRSM Batu Rakit dan pelbagai sekolah menengah dan rendah termasuk berasrama penuh.
        Homestay ini juga berhampiran dengan kampung tradisional di sebelah barat serta perkampungan nelayan di sebelah timurnya.situasi ini membuka peluang mengenali masyarakat Terengganu yang agak unik.
           Mula beroperasi pada 1.10.2010 dengan sebuah rumah di Taman Kalungan Budi, kini telah berkembang menjadi keseluruhan rumah sebanyak 17 buah rumah.